RAIQARAIQISHA
ImAgiNAsI RaiQArAIqISha Di SeBAlik LuaHAn HaTi
Rabu, 21 Oktober 2015
Sabtu, 17 Oktober 2015
{Cerpen } Sayang Ke Tidak Ni?"
"I tak kisahlah you nak kahwin lain ke,ada perempuan lain ke,I tak jealous langsung okey,"bongkak sekali ayat yang dituturkan oleh Aliana itu.
Bagi Aliana dia tidak akan letakkan seratus peratus kepercayaannya kepada lelaki,tambah-tambah bila lelaki itu adalah suaminya,ha...lagilah tak boleh percaya.Jadi dia amik jalan mudah dengan tidak terlalu sayangkan si suami.Walaupun sebelum mereka kahwin ayat cinta sangatlah manis bergula dia luahkan.Dia sebenarnya,bukan tak sayang suaminya,sayang cuma dia takut kalau terlalu sayang dia akan dikecewakan.
"Betul ke you tak jealous?Ermmm,okey nak buat macam mana kalau orang tu tak sayang kat kitakan,takpelah.Tapi,nanti kalau ada sorang perempuan ni selalu kejar-kejar I,datang cari I sampai ke rumah jangan meradang pula yer,"pesan Rayyan serius.
Dia bukan nak bergurau senda dengan Aliana dalam waktu-waktu macam gini.Rayyan tersangat-sangatlah serius.Sebenarnya dia pelik tengok perangai Aliana selepas kahwin.Dulu sebelum kahwin selalu luahkan kata-kata sayang,manja pula terlebih,tapi lepas kahwin perangai berubah terus.Macam tak kisah dengan apa yang dia buat,termasuklah kalau dia ada perempuan lain Aliana boleh cakap ayat yang dia rasa,sangat menyakitkan hatilah.
"Kalau I ada perempuan lain you nak buat apa?"saja Rayyan ingin menduga ketika itu.
"Buat bodoh jerlah,alah I tak kisahlah carilah perempuan mana-mana yang you nak."
Aduh!Kalau lelaki lain dengar mesti dah melompat girang ,macam kanak-kanak yang baru dapat gula,yerlah dah bini tak kisahkan.Tapi,masalahnya sekarang dia.Dia kisah kenapa Aliana boleh cakap macam tu.Tersentap jugalah dalam beberapa saat.
Aliana sekadar menjulingkan mata ke atas bila dengar ayat yang dikatakan oleh Rayyan.Kalau ada perempuan kejar Rayyan sampai ke rumah dia akan jemput masuk dan tanya tujuan sebenar simplekan.
"Datanglah perempuan yang nak sangat dekat you tu nanti I layan dia baik-baik yer,dahlah I ngantuk nak tidur,"Aliana malas nak bercakap banyak lebeih baik dia naik atas tidur lagi bagus.
Rayyan hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.Aliana,Aliana jangan terlalu bongkak sayang,nanti kalau dah terkena betul-betul dekat batang hidung tu jangan meraung menangis melutut dekat kaki I.Katanya di dalam hati penuh dengan makna tersirat.
...............................................................................................................................................................
"Aliana,itu husband kau kan?"Masya memandang sekilas wajah Aliana sebelum matanya memandang semula ke arah suami Aliana yang duduk tak berapa jauh dari mereka.
Aliana memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Masya.Mata terpegun melihat Rayyan sedang makan bersama seorang perempuan yang kelihatan cantik juga.Alah tapi,cantik lagi dia kalau tak takdelah Rayyan kahwin dengan dia kan.
Namun,tak sampai beberapa saat bila dia kalih balik pandangan ke arah mereka,zuppp!tersentap sekejap dia rasa .Dia....Rayyan suapkan perempuan tu makan.Siapa perempuan tu?Girlfriend baru dia ke?
"Wey!Rayyan suapkan perempuan tulah Al,"hampir terjerit suara Masya.
Aliana dah rasa semacam,kaki dah rasa gatal nak melangkah ke arah sana,tapi belum sempat dia nak bangun baru dia teringatkan sesuatu.Tak jadi nak bangun dia duduk semula di kerusi dan terus memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.Masya yang melihat sekadar mampu memandang simpati sahaja.
"'Sabarlah Aliana,aku tahu ni pun bukan kehendak kau jugakan."
Kata-kata Masya hampir-hampir nak buatkan airmatanya menitis,tapi ditahankan juga supaya tidak kelihatan lemah di depan Masya.
.
Bersanbung........

Langgan:
Catatan (Atom)